Navbar

Permohonan Pelepasan Atlet Murid Di Kejuaraan Catur Tertutup Kebangsaan 2018 (Malaysian Chess Championships)

Sophian A. 8th Jun 2018 General

WhatsApp

1. Atlet-atlet murid yang menuntut di sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Guru Pengiring boleh membuat permohonan pelepasan bagi tujuan menyertai Kejuaraan Catur Tertutup Kebangsaan 2018 (Malaysian Chess Championships).

2. Permohonan adalah pelepasan dari 28 Jun sehingga 3 Julai 2018 dan kelulusan bagi permohonan ini tertakluk kepada kebenaran daripada pihak KPM.

3. Pemohon mestilah telah layak dan mendapat kelulusan bagi mewakili negeri yang berkenaan dengan menghantar borang penyertaan yang telah ditandatangai oleh pegawai persatuan negeri masing-masing dan sila pastikan nombor Mykad Atlet dan Guru Pengiring ada disertakan.

4. Permohonan boleh dibuat dengan menulis e-mel yang bertajuk seperti di atas berserta salinan borang penyertaan (lihat no. 3) kepada Jawatankuasa Pemilihan di alamat selection@malaysiachess.com selewat-lewatnya 12 Jun 2018.

Sekian, terima kasih.