Navbar

Persekutuan Catur Malaysia sembah tahniah pelantikan Yang Di-Pertuan Agong ke-15 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

13th Dec 2016 General

WhatsApp

Presiden dan seluruh Ahli Jawatankuasa (AJK) Persekutuan Catur Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sempena istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Presiden dan AJK turut merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang telah di lantik menjadi Timbalan Yang Di-Pertuan Agong XV.

Semoga Allah SWT Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.