Navbar

Catur MSSD Kuala Lipis bertaraf rating kebangsaan

WhatsApp

Rating catur kebangsaan (national rating) akan diguna pakai pada Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kuala Lipis tahun ini. Pengarah kejohanan, En Rhozisham Abdul Rashid berkata ia bertujuan mempromosikan sukan ini dan agar lebih ramai pemain-pemain catur muda di Kuala Lipis memiliki ID kebangsaan sekaligus dapat mengukur kebolehan masing-masing berbanding pemain-pemain lain berpandukan rating tersebut.

Beliau yang telah lama bergiat aktif dalam pembangunan catur khususnya di daerah ini telah berjaya melahirkan ramai pemain-pemain catur muda berbakat selain berharap dapat menjadikan Kuala Lipis sebagai pusat tumpuan catur di masa akan datang.

Kejohanan Catur MSSD Kuala Lipis akan diadakan selama dua hari dari 1 hingga 2 Mac bertempat di Dewan Darul Makmur IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.

Rhozisham Abdul Rashid, pegawai pendidikan sektor awam yang perpengalaman dalam bidang pengurusan kejohanan dan pembangunan catur.

Dalam pada itu, satu kejohanan bertaraf kebangsaan juga akan diadakan di tempat yang sama pada 8hb April ini. Maklumat lanjut di sini.