Navbar

Jemputan ke Pertandingan Catur Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (National Scholastic 2017) daripada Sekolah Sultan Alam Shah

5th Apr 2017 Tournament

WhatsApp

Satu Kejohanan Catur Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (National Scholastic Chess Championships 2017) yang dianjurkan oleh Persekutuan Catur Malaysia akan diadakan dari 14 hingga 16 April ini bertempat di Sekolah Berprestasi Tinggi Sultan Alam Shah Putrajaya.

Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya (SAS) adalah merupakan penganjur bersama kejohanan pada tahun ini dan sehubungan dengan itu, Pengetua Cemerlang SAS, Dato’ Haji Haidzir Bin Hussin melalui surat beliau hari ini, dengan segala hormatnya menjemput semua sekolah-sekolah untuk turut sama terlibat bagi menghantar wakil di kejohanan ini nanti.

Klik di sini untuk pendaftaran.

Kejohanan ini juga adalah merupakan pertandingan pemilihan pemain-pemain untuk mewakili Malaysia di Kejohanan Sekolah-Sekolah Peringkat Asia 2017 yang dijadualkan berlangsung di Panjin Lianoing, China dari 20 hingga 30 Julai nanti.

Klik prospektus dan peraturan.

Berikut adalah surat jemputan berkenaan perkara tersebut: