Navbar

KPM iktiraf National Scholastic Chess Championships

Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini telah mengiktiraf National Scholastic Chess Championships 2017 sebagai satu kejohanan peringkat kebangsaan yang melibatkan pemilihan atlet murid ke peringkat Asian Schools Chess Championships.

Dalam surat balasannya kepada Persekutuan Catur Malaysia, KPM Bahagian Sukan hari ini juga telah merakamkam penghargaan kepada Persekutuan Catur Malaysia yang akan mengelolakan National Scholastic Chess Championships 2017 dengan kerjasama Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya dari 14 hingga 16 April nanti.

Klik surat KPM kepada National Scholastic Chess, Persekutuan Catur Malaysia

Sokongan daripada Pejabat Menteri Pedidikan

Dalam pada itu, Pejabat Menteri Pendidikan dalam suratnya hari ini juga telah menyatakan sokongan agar program tersebut dapat dilaksanakan dan berharap semua pihak bekerjasama dalam menjayakan program ini.