Navbar

Pengarah Bahagian Sukan KPM akan merasmikan National Scholastic Chess Championships 2017

Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), YBrs. Dr. Mehander Singh A/L Nahar Singh, mewakili Menteri Pendidikan Malaysia akan merasmikan kejohanan catur National Scholastic Chess Championships 2017 peringkat kebangsaan yang bermula esok sehingga 16 April nanti bertempat di Sekolah Alam Shah Putrajaya.

Persekutuan Catur Malaysia dan juga Jawatankuasa National Scholastic Chess merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Dr. kerana sudi untuk hadir nanti.


Dr. Mehander Singh
Pengarah Bahagian Sukan KPM

Lebih 330 murid akan bertarung

Seramai lebih daripada 330 pemain akan berentap di kejohanan National Scholastic Chess Championships 2017 yang akan bermula esok di mana ia melibatkan pemilihan atlet murid ke peringkat Asian Schools Chess Championships 2017 yang dijadualkan pada bulan Julai nanti di Panjin Lianoing, China.

Selangor paling ramai atlet

Persatuan Catur Selangor (CSA) mencatat bilangan atlet murid paling ramai yang akan bermain di kejohanan ini. Sehingga tarikh tutup pendaftaran kelmarin, seramai 127 murid-murid dari sekolah Selangor telah mendaftar. Ini diikuti oleh Persatuan Catur Kuala Lumpur (KLCA) yang menghantar seramai 89 orang atlet.

Putrajaya selaku tuan rumah menghantar seramai 38 pemain manakala seramai 25 atlet murid dari sekolah-sekolah Pulau Pinang akan turun di kejohanan tersebut nanti manakala selebihnya adalah atlet-atlet murid daripada sekolah negeri-negeri lain di semenanjung.

National Scholastic Chess Championships juga menarik beberapa pemain dari Sabah dan Sarawak di mana empat pemain masing-masing satu dari Sabah dan tiga dari Sarawak akan turut sama menyertai kejohanan kali ini.

Senarai awal peserta

Berikut adalah senarai awal (starting rank) atlet-atlet murid mengikut kategori masing-masing:

Lelaki (Boys)

  1. Boys U07/U2200
  2. Boys U09/U2200
  3. Boys U11/U2200
  4. Boys U13/U2200
  5. Boys U15/U2200
  6. Boys U17/U2200

Perempuan (Girls)

  1. Girls U07/U2200
  2. Girls U09/U2200
  3. Girls U11/U2200
  4. Girls U13/U2200
  5. Girls U15/U2200
  6. Girls U17/U2200

Sila hubungi Pengarah Kejohanan, En. Sophian A.Yusuf di talian 011-39505981 untuk pertanyaan mengenai senarai peserta.