Navbar

Bahagian Sukan KPM dan National Scholastic Chess akan bekerjasama

Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan National Scholastic Chess akan bekerjasama di dalam pembangunan sukan catur. Pengarah Bahagian Sukan KPM, YBrs. Dr. Mehander Singh A/L Nahar Singh berucap demikian semasa perasmian Kejohanan National Scholastic Chess Championships 2017 yang telah berlangsung dari 14 hingga 16 April di Putrajaya baru-baru ini.

Seramai 354 atlet catur bawah 17 tahun seluruh Malaysia termasuk daripada Sabah dan Sarawak telah mengambil bahagian di dalam kejohanan ini. National Scholastic Chess Championships 2017 diiktiraf oleh Bahagian Sukan KPM sebagai satu kejohanan peringkat kebangsaan yang melibatkan pemilihan atlet murid ke peringkat Asian Schools Chess Championships. Johan daripada setiap kategori akan dijemput mewakili negara sebagai pemain rasmi kejohanan (official player) manakala tiga lagi akan dijemput sebagai pamain tambahan.

354 atlet catur dari seluruh negara bertarung minda merebut tempat ke Asian Schools Championships 2017.

Beliau yang mewakili Menteri Pendidikan untuk merasmikan kejohanan ini berkata, pihaknya mengucapkan tahniah dan syabas kepada National Scholastic Chess yang bernaung di bawah Persekutuan Catur Malaysia (MCF) kerana telah mengelolakan penganjuran kejohanan ini dengan kerjasama Sekolah Sultan Alam Shah yang bertindak sebagai penganjur bersama.

Naib Presiden MCF yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MCF, Dr. Zaidan Zulkipli (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Berprestasi Tinggi Sultan Alam Shah Putrajaya (SAS), Dato' Haji Haidzir bin Hussin sebagai penghargaan ke atas komitmen yang tinggi daripada pihak beliau sebagai penganjur bersama di kejohanan tahun ini.

Dalam ucapan Dr. Mehander semasa majlis perasmian itu juga, pihaknya menjemput National Scholastic Chess untuk bekerjasama bagi mengadakan festival catur bersama Bahagian Sukan KPM pada November akan datang.

Beliau yang kagum dengan sambutan dan penglibatan ibubapa di dalam sukan ini menyarankan agar atlet-atlet catur juga harus terlibat di dalam sukan atau senaman fizikal bagi menguatkan lagi kecerdasan berfikir semasa bertarung minda di atas papan catur.

Dr. Mehander Singh kagum dengan sokongan ibubapa terhadap sukan catur.

FIDE Chess Academy

Semasa berucap, Dr. Mehander menyeru agar National Scholastic Chess dan MCF membantu mewujudkan lebih banyak akademi-akademi catur bertaraf dunia (FIDE) di negara ini. Beliau berkata demikian selepas mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa National Scholastic Chess yang telah bekerjasama dengan Persatuan Catur Sabah untuk membangunkan Sabah Chess Academy di Kota Kinabalu.

Dr. Mehander Singh menyampaikan sijil pengiktiran FIDE Chess Academy Persekutuan Catur Dunia (FIDE) kepada Pengarah National Scholastic Chess, En. Sophian A.Yusuf. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Eksekutif Sabah Chess Academy telah mewakili Persatuan Catur Sabah dan Sabah Chess Academy sendiri bagi menerima anugerah tersebut.

Sabah Chess Academy merupakan satu-satunya akademi catur bertaraf dunia (FIDE) yang pertama di Malaysia. Beberapa akademi catur juga telah menyatakan minat mereka untuk bekerjasama dengan National Scholastic Chess dan MCF bagi menubuhkan atau menaiktaraf akademi sedia ada untuk mendapat pengiktirafan daripada FIDE.

Sabah Chess Academy dibuka 9:00 pagi hingga 5:00 petang setiap hari kepada pelajar-pelajar dan orang awam untuk menimba ilmu di dalam sukan yang semakin popular ini. Akademi yang dilengkapi dengan fasiliti moden alat bantu mengajar dan belajar ini mampu menampung lebih daripada 100 orang dalam satu masa.

Kerjasama program pembangunan

Sebelum upacara perasmian berlangsung, Dr. Mehander telah megadakan sesi perbincangan dengan Pengarah National Scholastic Chess, En. Sophian A.Yusuf mengenai kerjasama untuk membuat pelan rangka kerja pembangunan sukan catur di peringkat sekolah-sekolah.

Pengarah National Scholastic Chess, En. Sophian A.Yusuf (kiri) bertukar-tukar pendapat bersama Dr. Mehander mengenai program pembangunan sukan catur di peringkat sekolah disaksikan oleh Tuan Haji Kamal bin Md. Rahim, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SAS. Pihak National Scholastic Chess telah dijemput untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut di pejabat Bahagian Sukan.

Semasa kunjungan hormat En. Sophian ke pejabat Bahagian Sukan beberapa hari sebelum kejohanan, beliau juga telah berbincang dengan Timbalan Pengarah Bahagian Sukan KPM, En. Zainal Abas dan beberapa pegawai lain mengenai perkara yang sama.

Gambar di sekitar kejohanan

Catur menjadi trend segelintir anak-anak masa kini.

Dr. Mehander membuat pergerakan pertama sebagai tanda merasmikan Kejohanan National Scholastic Chess Championships 2017 disaksikan oleh Dato’ Hj. Ibrahim Bin Shafee (kanan) daripada PIBG SAS. Vivian Ngieng (buah putih) merupakan salah seorang peserta daripada Sarawak yang datang untuk bersaing di kejohanan ini.

Pasukan urusetia dan para pembantu daripada Sekolah Sultan Alam Shah diketuai oleh Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Catur MSS Putrajaya, En. Muhammad Rizal bin Jusah.

Atlet catur kerap dilihat berketrampilan bijak, yakin dan bergaya. Lyana Zubir, atlet catur berumur 13 tahun daripada Putrajaya.

Dr. Mehander tertarik dengan personaliti adik Lor Sheng Hui yang peramah dan berkeyakinan. Adik Hui berumur 16 tahun daripada SMK Seri Hartamas, Kuala Lumpur.

Catur melatih pelajar-pelajar lebih fokus.

Pengerusi Appeal Committee Kejohanan, FA Jax Tham (kiri) bergambar bersama Ketua Arbiter, IA KK Chan dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MCF, FA Steven Cheong.

Semua peserta diwajibkan merekodkan pergerakan permainan mengunakan koordinat axis X(a-h), Y(1-8) dan kod buah. Ramai ibubapa dan guru-guru mendapati anak-anak yang bermain catur menjadi lebih cekap di dalam Matematik dan English.

Catur memerlukan daya fokus tinggi, pengiraan yang tepat dan kecergasan tubuh badan yang jarang terdapat pada sukan-sukan lain. Adik Cheah Kah Hoe, 13 tahun daripada Selangor, Johan MSSM 2016 kategori bawah 12 tahun.

Nur Farah Hasanah (kiri), atlet berumur 11 tahun daripada Selangor cuba memerangkap lawannya, 1...Qxb2?? 2.Rb1! Johan bawah 9 tahun tahun lalu, Agnes Chong daripada Pulau Pinang yang sedang meneliti posisi ini tidak terpedaya dan meneruskan development. Mereka bertarung di papan pertama pada pusingan ke-7, kedua-dua mereka memerlukan kemenangan untuk menjamin tempat masing-masing.

Catur memupuk semangat kesukanan tanpa mengira bangsa.

Demi minat kepada sukan catur, apa sahaja masalah dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Catur mampu menyatukan bangsa Malaysia!

Sukan catur merapatkan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan.

Sukan Catur memberi peluang atlet murid berkenalan dengan teman baru dan bersosial secara sihat.

Catur adalah satu-satunya sukan yang paling banyak penerbitan buku mengenai pembelajaran disiplin tersebut. Banyak negara contohnya seperti Belanda dan Turki mengadakan mata pelajaran dan buku silibus khusus untuk catur di sekolah-sekolah mereka.

Penampilan menarik adik Fasha Qaisara binti Hairul berumur 9 tahun daripada Selangor.

Muhd Tirmidzi Abdul Sahim (kanan) peserta tunggal daripada Negeri Di Bawah Bayu bertarung di pusingan ke-7 untuk merebut tempat kedua dengan seorang lagi atlet murid daripada Pahang, Muhd Hafiy Ikhwan Rhozisham.

Adik Divyasree Jayakumar, 12 tahun daripada Kuala Lumpur ditemani oleh ibunya Puan Mathuri yang sentiasa menyokong pembangunan catur di tanahair.

Pegawai pairing, FA Genkeswaran dan NA Kenny Yee.

“The most powerful weapon in Chess is to have the next move” - David Bronstein.

Pemenang pingat Emas dua kali di Sukan Sea, En. Zakhir Hussian yang juga merupakan Setiusaha Kejohanan menjadi pengacara majlis penutupan.

Dari kiri: En. Sophian A.Yusuf (Pengarah Kejohanan), Dr. Zaidan Zulkipli (Naib Presiden MCF), Dato' Haji Haidzir bin Hussin (Pengetua Cemerlang SAS), Puan Haslindah Ruslan (Bendahari MCF), IA KK Chan (Member of FIDE Technical Commission).

Foto berkumpulan para pemenenang

Pasukan Selangor berjaya menjadi Johan keseluruhan diikuti Kuala Lumpur di tempat kedua dan Pulau Pinang di tempat ketiga. Nabil Azman Hisham mewakili Persatuan Catur Selangor untuk menerima Piala.

Kategori Terbuka Bawah 7 tahun.

Kategori Perempuan Bawah 7 tahun.

Adik Aghalya Tianna Sinnapar, Johan Kategori Perempuan Bawah 7 tahun.

Kategori Terbuka Bawah 9 tahun.

Kategori Perempuan Bawah 9 tahun.

Kategori Terbuka Bawah 11 tahun.

Kategori Perempuan Bawah 11 tahun.

Kategori Terbuka Bawah 13 tahun.

Kategori Perempuan Bawah 13 tahun.

Kategori Terbuka Bawah 15 tahun.

Kategori Perempuan Bawah 15 tahun.

Kategori Terbuka Bawah 17 tahun.

Kategori Perempuan Bawah 17 tahun.

Klik pautan berikut mengikut kategori yang dikehendaki untuk melihat senarai akhir kedudukan peserta:

Lelaki (Boys)

  1. Boys U07/U2200
  2. Boys U09/U2200
  3. Boys U11/U2200
  4. Boys U13/U2200
  5. Boys U15/U2200
  6. Boys U17/U2200

Perempuan (Girls)

  1. Girls U07/U2200
  2. Girls U09/U2200
  3. Girls U11/U2200
  4. Girls U13/U2200
  5. Girls U15/U2200
  6. Girls U17/U2200