Navbar

Sembah tahniah pelantikan Yang Di-Pertuan Agong ke-16

31st Jan 2019 General

WhatsApp

DAULAT TUANKU

Persekutuan Catur Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena istiadat mengangkat sumpah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bermula hari ini.

Persekutuan Catur Malaysia turut merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang turut melafaz sumpah memegang jawatan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong.

Semoga Allah SWT Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.